

“Selamat Bersara CIKGU AZIZAN & CIKGU ZULKIFLI 😊 Terima kasih atas segala ilmu , jasa dan pengorbanan sepanjang berkhidmat di SKSBD . Semoga cikgu diberikan kesihatan yang baik , umur yang panjang serta bahagia di dunia dan akhirat InshaAllah Aamiin ❤️🤲🏻 .”
— Maisurah , ibu dan ayah(Wak Meran)
“Selamat bersara Cikgu Azizan dan Cikgu Zulkifli... Semoga kalian diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Aamiin”
— Cikgu Zulkifli bin Zakaria (Mantan Guru SKSBD)
“Selamat bersara kepada cikgu Azizan dn cikgu Zulkifli... terima kasih diatas segala ilmu yang diberikan kepada anak anak sksbd,.. semoga dikurniakan rezeki kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya InshaAllah Aamiin 💓”
— Faiq dn Faiz
“Selamat bersara Cikgu Nor Azizan...Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik,kehidupan yg bahagia bersama keluarga serta kerahmatan,keredhaan dan keberkatan dari Allah🤲Terima kasih di atas undangan dan ingatan.Maaf tak dpt bersama-sama meraikan moment indah Di SKSBD coz ada Hari keusahawanan di sekolah.Moga majlis berjalan dengan lancar.”
— AZIZAN BIN SITAM
“TAHNiAH...Selamat Bersara Sahabat, Ckg NorAzizan dan Ckg Zulkifli. JasaMu tetap dikanang dan menjadi inspirasi generasi hadapan... Moga dikurniakan keafiatan melalui hari2 persaraan dan lebih bermakna utk bekalan kehidupan abadi...”
— Mohd 'Adli
“بسم الله الرحمن الرحيم.. السلام عليكم.. Salam Kasih Sayang dari saudara satu2nya Perempuanmu ini. Selamat menjalani Alam Persaraan (YB). Semoga Perjalanan sepanjang Perkhidmatan sebagai Guru/Pendidik👨🎓👨🏫 yang sentiasa "Cemerlang", 🤲🫶👏menjadi sebagai "Titik Tolak", untuk sentiasa Cemerlang dalam Pengurusan Ibadah Diri, Keluarga dan Masyarakat juga. Tidak ada yang lebih bermakna dari Saudara Perempuanmu ini sekadar menyandarkan "Sedikit Sentuhan Bahu", bersandar di Dunia Sementara ini, dalam pada kita sama-sama melaksanakan "Amanah Allah", apa seadaNya. 🥰Kehidupan kita yang semakin hampir ke Garisan Penamat, "Mutiara Terindah", diharapkan agar sentiasa Indah/Harmoni 💙💛❤️ mengekalkan Nilai-nilai Kebaikan, Sentuhan, Teguran, Bimbingan dan Kasih Sayang 😘 الله 🤩Persaudaran yang kita semua Sandarkan. Thanks for your Life with Me and bersama-sama menjaga seterusNya mendidik Anak-anak Saudara Perempuanmu, Anak-anakku jua, sejak mereka kecil.. "You All The Best, for me..", Saudara-Saudara Lelakiku, diri Kakakmu yang Tunggal ini dari 8 orang adik beradik.. Cikgu Yusnita... Anak Murid/Didikku juga, di SMK Bandar Mas, Kota Tinggi.. Love U All very much.. TQ2 Allah..”
— Siti Kalsom binti Mohd. Tahir (Kekanda Cikgu Zul)
“Selamat bersara pck Zul. Semoga sentiasa sihat dan boleh la pergi jalan2 melancong satu dunia 😍”
— Cikgu Ayu (anak saudara)
“Selamat Bersara Buat Cg Zul n Cg Zizan... Semoga sentiasa sihat dan bahagia dalam fasa kehidupan yang baru.. Aamiin”
— Salwa Ahmad
“Tahniah Cikgu Zul & Cikgu Azizan atas persaraan yang penuh bermakna ini. Setelah sekian lama menabur bakti dalam dunia pendidikan, akhirnya tiba masa untuk menikmati hasil pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini. Semoga persaraan ini membawa lebih banyak kebahagiaan, ketenangan dan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat serta kehidupan yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang-Nya”
— - From Aini
“Selamat Bersara buat Cg Nor Zizan dan cg Zulkifli .. semoga Allah kurniakan segala kebaikan , jiwa yg tenang , kesihatan yang baik dalam menjalani hari2 yang mendatang .. Allah permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat .. kalau ada sumur di ladang boleh kami menumpang mandi kalau rindu kian mengundang silakan mampir ke sksbd..”
— Cik Rose Pra
“Selamat Bersara Cikgu Azizan dan selamat berehat..moga Allah permudahkan urusan dan Cikgu sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia bersama keluarga tercinta..moga persahabatan kita tetap b.kekalan Cikgu..🤗”
— Mohd Saiful Rizal bin Ismail ( Epul )
“Burung merpati terbang sekawan, Hinggap sebentar di hujung laman, Jasa Cikgu Zul dan Cikgu Azizan jadi kenangan, Terima kasih atas segala pengorbanan”
— Ustazah Fadhilah Esa
“Selamat bersara, cikgu. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta kehidupan yang sentiasa diberkati. Bunga melati harum berseri, Jasa cikgu kekal di hati.”
— Cg Norsie
“Selamat bersara cikgu Zul dan cikgu azizan.semoga dipermudahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.”
— DARIPADA MISDI BIN HJ HUSSIEN
“Tenang- tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi yg baik rasa nak junjung Terima kasih ckgu Zul & ckgu Jijan Pernah jadik warna warni indah sepanjang sy di Muo.. Segala jasa baik kalian berdua memudahkan urusan pentadbiran pengurusan sekolah Hanya Allah yg akan membalas segala kebaikan kalin berdua Moga Allah titipkan seribu rahmat & kasih sayangNya ..dan diberi kesihatan yg baik..dan kebahagiaan yg berpanjangan dismping keluarga tersayang”
— YUSNITA MOHD YUNOS
“بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ اللَّهُمَّ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، KAMI MEMOHON KEPADA-MU AGAR ENGKAU MELIMPAHKAN RAHMAT, KESIHATAN, KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN KEPADA INSAN YANG KAMI RAIKAN PADA HARI INI. YA ALLAH, BERKATILAH SEGALA USAHA DAN KHIDMAT BAKTI YANG TELAH DICURAHKAN SEPANJANG PERKHIDMATANNYA. JADIKANLAH SEMUA AMALNYA SEBAGAI AMAL SOLEH YANG DITERIMA DI SISI-MU. YA ALLAH, ANUGERAHKANLAH KEPADANYA UMUR YANG BERKAT, KESIHATAN YANG BAIK, REZEKI YANG LUAS, SERTA KEBAHAGIAAN BERSAMA KELUARGA. PERMUDAHKANLAH SETIAP URUSAN DAN KURNIAKANLAH HUSNUL KHATIMAH. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. آمِينَ.”
— CIKGU CKIN
“Happy Retirement!”
— codigital