

“Tahniah Qah & Lah 🥰”
— Yuyu Zulaikha Eswan
“Ieqah 🤍 After all the stories, the laughter, the tears, the ups and downs, and all the years of watching you love and be loved… you’re finally getting married to the love of your life. 🥹🤍 I honestly couldn’t be happier for you. You deserve a love that feels like home, a love that chooses you every single day, and a marriage filled with kindness, patience, laughter and endless little moments that make you think, “This is exactly where I’m meant to be.” As your best friend, seeing you reach this chapter makes my heart so full. I’ve seen different versions of you through the years, and now I get to see you become a wife to the person you chose to spend your life with. 🥹 May Allah bless your marriage, fill your home with sakinah, mawaddah and rahmah, and keep both of your hearts close through every season of life. May your love continue to grow deeper, softer and stronger with every year that passes. I’m so, so happy for you, Ieqah. ❤️ From being your best friend through so many chapters, I can’t wait to watch this beautiful new chapter unfold. Finally, you’re marrying the love of your life. And I hope you know—you deserve every bit of this happiness. 🤍 Congratulations, my best friend. Here’s to forever. 🥂🤍”
— Sofia
“Buat sahabat kesayanganku Qah Hari ini, antara hari yang paling ima nantikan untuk melihat qah melangkah ke satu fasa baru dalam hidup. 🥹❤️ Jujur, ima sangat-sangat gembira melihat insan yang ima sayangi akhirnya akan menamatkan zaman bujang bersama insan yang telah dipilih untuk menjadi teman hidupnya. ima tahu perjalanan kalian bukan hanya tentang hari-hari yang indah, tetapi juga tentang bagaimana kalian belajar memahami, menerima kekurangan, saling menguatkan dan terus memilih satu sama lain dalam apa jua keadaan. Dan hari ini, melihat hubungan yang kalian bina akhirnya sampai ke satu titik di mana ia akan termateri dalam sebuah ikatan yang suci, hati aku benar-benar penuh dengan rasa bahagia dan syukur. Ima tumpang bahagia untuk qah dan Lah. ❤️ Semoga selepas ini, kasih sayang yang ada bukan semakin berkurang, tetapi semakin bertambah setiap hari. Semoga kalian sentiasa menjadi tempat untuk pulang, tempat untuk bercerita, tempat untuk mencari kekuatan dan menjadi sahabat terbaik antara satu sama lain. Dalam setiap langkah kehidupan selepas ini, semoga kalian sentiasa dipenuhi kesabaran, kejujuran, pengertian dan kasih sayang. Jika ada hari yang sukar, semoga kalian tidak mudah melepaskan, tetapi memilih untuk kembali berpegangan tangan dan menyelesaikan semuanya bersama. Sahabatku, ima doakan semoga ikatan yang bakal kalian bina ini menjadi sebuah perkahwinan yang penuh sakinah, mawaddah dan rahmah. Semoga Allah melindungi rumah tangga kalian, melimpahkan rezeki, memberikan kebahagiaan yang tidak putus-putus dan mengurniakan zuriat yang baik jika itu yang terbaik buat kalian. Dan yang paling ima doakan, semoga cinta yang bermula di dunia ini terus dipelihara oleh Allah sehingga kalian bukan sahaja menjadi pasangan di dunia, tetapi juga dipertemukan kembali sebagai pasangan hingga ke syurga-Nya. 🤲🏻❤️ ima mungkin tidak mampu menggambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya ima melihat qah dan Lah sampai ke tahap ini. Tetapi ketahuilah, kebahagiaan qah akan sentiasa menjadi salah satu kebahagiaan ima juga. Selamat melangkah ke alam perkahwinan, sahabat kesayanganku. Semoga kisah cinta kalian menjadi kisah yang panjang, indah dan penuh keberkatan. Semoga hari ini menjadi permulaan kepada seribu satu kebahagiaan yang akan kalian cipta bersama. Selamat menamatkan zaman bujang, dan selamat membina kehidupan bersama insan yang tercinta ❤️ Semoga cinta kalian kekal hingga ke Jannah. Aamiin ya Rabbal ‘alamin. 🤍✨”
— ❤️MissCahaya❤️
“Today is the day. Semoga berbahagiaLAH bersama WAN NUR ATIQAH selamanya sampai berpimpin tangan sampai syurga, insyaallah. Semoga perkahwinan ini berkekalan, dan membahagiakan keduanya. Sealed with love and hugs to akak.”
— Melatisayang
“Congratulations on your wedding bestie! Semoga Qah & Lah sentiasa bahagia till Jannah.. Dipermudahkan urusan majlis berjalan lancar dan mendapat sakinah mawaddah warrahmah.. Aaminn yrb. Wa happy utk Qah ❤️❤️❤️ #happywedding!!”
— Jya Weda
“Bestieeee sayang sayaaa 😍😍😍 Finallyy seruan awak dah sampai 🤭 Saya doakan yang terbaik untuk awak dan partner, lancar majlisnya, perkahwinan yang sakinah mawaddah, yayyy boleh lepak lagi lepas kawen kan? Selamat bercinta sampai syurga awakk 🤍🤍😚😚”
— NFNA 💐
“Alhamdulillah🤲🏼Tahniah Qah & Lah❤️akhirnya kan, jauh pusing mencari cinta rupanya hanya di depan mata. Semoga hubungan yang dibina ni tiada hujungnya, kuatnya cinta antara korg berdua & semoga saling berkasih syg hingga akhirnya. Lah jaga Qah baik2 ye🥰qah nmpknya lps ni kena berteman ke mana mana, say NO alone travel lagi🫣hrapnya lps ni dpt lah kte lepak bersama walaupun last minit. Ma, akhirnya kan qah dh jumpa jdoh yg paling dekat di hati dia❤️. Sesungguhnya kan ma, mmg Allah S.W.T dh tetapkan ikatan jodoh yg paling kuat utk mereka berdua🤲🏼.Farah sbg sahabat qah rasa happyyy sgt, lama farah tunggu saat ni. Hai Lah, lama kte tak bersua, inshaAllah nnt kte jumpa okay🤭Tarikh korg nikah ni pn sye dh dpt agak, sbb ape tarikh ni??hanya kami yg tahu🤭😅#ieqahLah till jannah aamiinn🤲🏼”
— Farah Anuar
“Assalamualaikum akak kesayangan saya ❤️ *nak tulis nie pun.. ase sedih nya 😭* Akak.. you always have a special place in my heart 😭🥰 Saya tahu akak tengah counting days and I am beyond happy for you akak~ Tak lama dah.. you will start a new journey with someone that you may rely on throughout this new beautiful journey and insha Allah.. forever ❤️ Semoga perkahwinan yang dibina ini sakinah mawaddah dan warahmah 🌹 P/s: Kepada jejaka yang bakal memimpin akak.. sayangi akak, jaga akak dan protect akak yea 👌🏻”
— Adek Kpop akak ~Ucuk~ 🌷
“Aaaaaa all the design n theme is sooooo kaklong 😍✨✨✨ alamakkk nampak yg ekinggg first2 sekaliiii 🥹 soksek2 dah laa 🥲 okok jap saya tutup air paip kat mata 🤧 okayy saje nak cite, fyi memang dari awal kemunculan Lah tuuu memang family sg karang dah rasa Lah la orangnyeeee lagi2 maksuuuu HAHAHA ternyataa benarrr.. indah yee aturan Dia 🫣 hehe kaklongggg kitorang semua sayanggg kaklong manyak manyakk tauu insyaaAllah sampai syurgaa ❤️❤️❤️🫂 dan untuk soulmate kaklongg, macehh Lah jagaa n menuruti kata perintah queen nombor syatu kiteee.. tqqqq jaga kaklong dari duluu, kinii dan seterusnyaa akan datang.. korang memang pasangan the best! 🫶🏻 Oklaaaa akhir kataaaa, saya doakan masjid yang kaklong binaa dengan Lah sentiasaa dalam payungan rahmat, keberkatan, lindungan dan kasih sayangNya aamiin aamiin ya mujibb 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 Alhamdulillahh untuk semuanyaa.. Selamat Pengantin Baruuuuuu 😍🥳🎉🎉🎉”
— Ecahhhh
“AWWW SWEETNYE! Dah nak kawin ☹️🤍 semogaa kak iqaa dengan abg deen bahagia selalu and kuat tauu! May Allah keep both of you safe and happy! Semoga kakak duduk salam doa yang kakak minta and Abang jaga kakak tau! Kalau tak nnti kita gemokkan dia dengan abah! 🤣Bahagia selalu tauuu! LOPE U SOMUCH KAKAK🤍 (eee kakak cantik kita nak jadi wife dahh)”
— Kesayang eca
“Alhamdulillah! Selamat pengantin baru iqah&deen, Jaga pasangan baik-baik dan semoga bahagia ke Anak cucu... Aminn”
— cmt
“Tahniah Qah and Lah. Moga ikatan perkahwinan korang berdua dirahmati dan dipermudahkan smuanya. Nyuu happy for you, my dearest friend. Finally the time has come! Hehe Be patience with each other. Be grateful. And always be in love each and every day ❤️”
— Kesayangan Nyuu
“Congrats, Kakak ku! 🤍 I'm super happy for you. Demi akak, Yanie datang wedding akak ni. 🤍 Finally, you've found someone who will love you, cherish you, and take care of you for the rest of your life. Alhamdulillah. Macam yanie ckp kat ws, mungkin ini doa ma akak jugak.. Be happy akak, 😘 Semoga Allah permudahkan segala urusan korang, kekalkan kebahagiaan, dan limpahkan rumah tangga korang dengan kasih sayang, rezeki, serta keberkatan. Wishing both of you a lifetime of love, happiness, laughter, and beautiful memories together. Congratulations once again! ❤️ To Lah, please jaga kakak saya elok-elok okay. 👌🏻 Walaupun saya jauh dan dah lama tak jumpa dengan dia, she'll always be my sister forever. Thank you for loving her, taking care of her, and making her happy. Love you always, Akak Ieqah. 😘😘 May Allah bless both of you with endless happiness and a marriage filled with sakinah, mawaddah, wa rahmah. 🤍 ** tolong eh percaya, yanie nangis ni.. 🥺🥺”
— Yanie
“Dear kak ika, (nangis sattt 😭) Setelah sekian lama, Cuyaa bersyukur sangat tengok perjalanan cinta dua hati yang dah melalui bermacam2 dugaan dan ujian, akhirnya kembali dipertemukan pada waktu yang PALING TEPAT. Mungkin benar, ada jodoh yg bukan utk dilupakan, tapi utk kembali dipertemukan setelah masing2 selesai melalui perjalanan hidup. 🤍 Cuyaa tumpang bahagia dan sebak utk akak. Semoga Allah permudahkan segala persiapan, memberkati dan menjaga rumah tangga kalian dgn penuh kasih sayang, dikurniakan jodoh yang kekal bahagia hingga ke syurga, inshaAllah. Amin 🤍 To Lah, tolong jaga kakak saya sampai syurga. Ingat, kak ika ramai adik2 tauu 🤪”
— Adik hati tisu
“Ya Allah, my heart is overwhelmed. Alhamdulillah, Thank You for surrounding us with kind souls. To everyone who has been making du'a for us, may Allah reward you with endless barakah, love, and every beautiful thing your heart longs for. Amiin. InsyaAllah, we truly hope all of you can be present at our special day and witness our journey begin. May Allah make it easy for each of you to attend our majlis. Ya Rabb, permudahkan, lancarkan, dan jadikan majlis ijab qabul Qah & Lah dgn penuh dengan rahmat, keberkatan, dan kasih sayang-Mu. Accept every beautiful du'a, and grant it in the most perfect way and at the most beautiful time. Ameen Ya Rabbal 'Alamin. 🤍✨”
— Q
“Dear Qah🤍 Tak de kata kata yg mampu utk meluahkan. Deep down inside my heart, Fad terlalu gembira dgn berita ni after all the roller coaster you have been through. Utk Lah, mungkin hanya kenal melalui nama, dgn rasa yg sgt syukur.. moga Lah bahagiakan Qah sebaik baik nya.. jaga lah Qah, sabar lah dalam apa jua ujian mendatang. Jgn lupa letakkan Allah di atas, moga perkahwinan yg di bina sakinah mawaddah warahmah. Sungguh tiada yg mudah dlm hidup namun Allah jua sebaik baik penolong. 🥹 Nak tulis lagi byk.. nnt sambung as wedding gift. Semoga kamu berdua berbahagia memiliki each other. Fad syg Qah lillahitaala. Semoga lancar selancar nya urusan yg baik ini🤍🥰❤️”
— Fad
“Hai MyLadyGagah dan Lah, (Jap nak lap airmata). Tiada kata-kata yang boleh dipotretkan betapa bersyukurnya hati bila takdir kalian akhirnya membawa ke perkahwinan. Di doakan agar urusan sebelum,semasa dan selepas majlis dimudahkan, dirahmati dan diberkati. Di doakan juga agar ikatan perkahwinan yang dibina sentiasa berada di dalam kasih-sayang Allah dan kekal hingga ke syurga. Teruskan bercinta sampai syurga tau! Utk akak, I love u lillahitaala 😉 Utk Lah, janji jaga akak leklok ye. Eyka ada darah pahlawan tauuu..”
— Adik Kachak
“MashaAllah Tabarakallah, love sayang! 🤍✨ The wait is finally over, and my heart is so so so happy for you. Alhamdulillah, Allah has written the most beautiful chapter for your life. 🥹🥹 Semoga perkahwinan you and lah dipenuhi dengan keberkatan, sakinah, mawaddah dan rahmah. Semoga rumah tangga you and lah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang, kebahagiaan, kesabaran yang tinggi dan yang indah indah bersama. Semoga Allah sentiasa melindungi you and lah dari segala kesulitan serta membimbing setiap langkah ke arah yang terbaik di dunia dan juga di akhirat. Aamiin ya Rabbal ’alamin. 🤍 Love, you truly deserve all the happiness in the world. Wishing you and lah a lifetime of love, joy, and togetherness. Congratulations, my beautiful bestie! I love you lillahitaala. May Allah bless your marriage always. Aaminn aaminn. 🤍💍 OMMA, Kaklong nak kahwin dah. 🥹🥹🥹”
— ✨ Aten ✨
“Semoga perkahwinan ini dilimpahi rahmat, berkah dan kebahagiaan hingga akhir hayat❤️ Selepas hujan dan ribut, kini hargailah sinar mentari yg terus menyinar buat kalian, in shaa Allah Semoga setiap kelemahan dijadikan kekuatan dalam hubungan. Ma, kaklong akhirnya bertemu jodoh🥹 Tidak asing orangnya, yg tetap ada dalam hati kita semua dari dulu. Lah✨ Lah, jaga kaklong bebaik ye. Kalau ada yg kurang dari kaklong moga Lah dapat terima sepenuhnya. Santuni dan sayangi lah kaklong sepenuh hati. Moga kehadiran Lah dpt mengisi kosong dihati kaklong. Adik, D dan anak2 gembira dengan kehadiran Lah dan kami ikhlas menyayangi Lah❤️ Semoga Allah jaga dan lindungi kalian berdua selalu. Aamiin🥹🤍”
— Adik❤️🥹
“Congrats Qah & Lah ! 🥰✈️”
— codigital